5 December 2010

Cari Baju Sekolah

,



Haaaa, aku baru je balik dari IOI Mall Puchong ni, tolong adik aku perempuan aku cari kan dia kain dan baju sekolah. Nampak je macam dah besar, tapi umur baru 14 tahun. Tapi bukan ni destinasi kami yang pertama. Mula-mula kami usha dulu dekat Jusco mane lar tau kan, murah-murah harga baju nya. Tapi sebenarnya agak mahal la kan.. ye lar dah name pon Jusco, ade ke yang murah? nak yang murah pegi pasar malam la kan.. heehee.. Lepas tu aku bawa la adik-adik aku ni pergi Kamdar pulak.. Kat sini best, kain pon cantik-cantik dan berpatutan. Selepas dapat apa yang dicari, beralih pulak la pada kehendak adik aku yang paling bongsu.


Haaaa, ini lah adik aku yang paling bongsu, manja dia tak usah cakap. Tahap dewa beb! pantang tinggi suara ciket dah naek muncung panjang. Aku panggil dia Anis. Dia kalau ikot kite orang pergi jalan-jalan kat IOI Mall ni mesti ade sebab. Ni la sebab yang utama nya. Nak maen kereta! Expert kot dia maen bende alah ni. Abes sume orang dia nak cilok. Tak padan dengan umur nya yang baru mencecah 5 tahun.


Expert tu expert la jugak, keselamatan dia aku gak yang kene jaga, abang dengan kakak dia yang laen dah melayan kerusi urut Gintel yang ade berhampiran dengan kawasan permainan ni. Aku nak cerita la serba sedikit pasal kerusi urut Gintel ni. Waktu mula-mula aku merasai nya, fuhh, syok beb. layan jer.. Tapi bukan free tau.. kene bayar beb!


Ini lah kadar harga yang telah ditetapkan. Puas hati!


Sebelum balik aku layan la sepam dulu. Nak hilang kan rase lenguh-lenguh kat badan ni. Aku cube 5minit je.. Tak ada duit la nak rase lame-lame bende ni. So lepas tu aku chow la. Mama aku sorang-sorang je kat rumah tu. Kecian...

1 comment: