7 December 2010

Aku Tak Bodoh

,
Alhamdulillah, akhirnya aku dapat juga tengok cerita ini. Nasib baik la semalam aku free bercampur dengan perasaan aku yang gundah-gulana. Filem Aku Tak Bodoh ni memang sesuai la untuk ditonton seisi keluarga. Banyak mesej-mesej penting yang disampaikan dalam filem ini. Selain itu, aku juga tersentuh dengan cerita ini, seolah-olah ade kene mengena dengan aku. Di situ lah terbitnya rasa insaf dalam hati aku ni. Ok la sebelum aku komen pasal cerita ni, aku kasi la sikit ringkasan filem Aku Tak Bodoh ni.

Aku tengok cerita ni dekat IOI Mall Puchong. Aku agak kecewa la dengan permulaan cerita ni. Cerita ni dijadualkan 9.30 malam tapi pukul 9.45 malam baru lah nak keluar semua-semua iklan. Iklan pun hampir 15minit ditayangkan. Memang tak pernah seumur hidup aku pergi wayang kena macam ni. Aku harap tak ada macam ni lepas ni.

Berkisarkan tentang seorang pelajar bernama Roy, 16 tahun yang menghadapi liku-liku hidup remajanya. Seperti remaja yang lain, Roy cuba memahami kata neneknya yang menegaskan bahawa adat orang melayu menuntut orang muda menghormati orang yang lebih tua dan tidak boleh melawan kata walau apa jua keadaannya. Ibubapa Roy terlalu sibuk dengan urusan kerja sehingga tiada masa untuk Roy dan adiknya di rumah. 

Bapanya seorang pencipta program komputer percaya kritikan bapanya dahulu terhadap dirinya menjadikan dirinya seorang yang berjaya dan dia yakin tradisi ini perlu diteruskan dalam membesarkan Roy dan adiknya.Ibu Roy pula bekerja sebagai pengarang majalah senior. Mereka berusaha mengumpulkan kemewahan untuk keluarga mereka kerana menganggap itu yang paling penting dalam peranan sebagai ibubapa. Mereka juga tidak percaya pujian pada anak-anak adalah sesuatu perkara yang baik. Adik Roy juga mengalami situasi yang kritikal.

Disebabkan pemikiran komiknya, dia menyangka dirinya telah membuatkan kawan kelasnya mengandung dan cuba bertanyakan ibubapanya dari mana datangnya seorang bayi itu. Akibat kurang mendapat perhatian dari ibubapanya, Roy mula terjebak dengan kumpulan budak nakal. Dirinya semakin bertambah tertekan apabila cikgu sekolahnya selalu menyindir dirinya. Roy mula hanyut dengan perbuatan-perbuatan yang tidak bermoral dan rasa dirinya dihargai dalam kumpulan tersebut. Akhirnya ibubapa Roy menyedari kesilapan didikan mereka yang menyebabkan anak-anak mereka mula bersikap pasif. Mereka berusaha mencari jalan penyelesaian untuk menyatukan kembali hubungan kekeluargaan mereka.

Haaa, walaupun nampak macam cerita biasa, tapi aku respect mesej yang disampaikan dalam filem ni. So pendapat aku dalam filem ni.
  • Berunsur kan keluarga dan sahabat.
  • Lawak yang berterusan dan di selangi dengan babak-babak yang menyentuh perasaan.
  • Aku suka perkataan FAMILY dalam cerita ini yang bermaksud Father And Mother I Love You yang disampaikan anak kepada ibu-bapa dia.
  • Persahabatan yang sejati - susah senang dia orang bersama. Susah nak dapat kawan yang macam tu sekarang. 
So aku rasa cerita ni lebih bagus dari cerita 2 Alam yang hampir semuar orang tahu gosip nya. Sekarang cerita tu dah senyap tak macam mula-mula cerita tu nak dikeluarkan.

0 comments to “Aku Tak Bodoh”

Post a Comment