4 December 2010

Beraya di Desa Water Park

,

Setelah sekian lame aku tak update blog aku ni, akhirnya aku nak berkongsi dengan korang pasal hari raya haji yang ke-2 iaitu pada hari sabtu yang lepas. Memang la rase terkilan sebab hari raya kene pergi kat sini kan, tapi nak buat macam mana sebab keluarga aku semua + keluarga adik mak aku pon join jugak. So serba sedikit pasal Desa Water Park ni ; tempat ni terletak dekat dengan KL. Hanya 10minit kalau korang bawa kereta la. Kalau jalan kaki tak tau la pukol berapa pulak korang akan sampai. 

So,setibanya kami disana, pertama sekali mesti la nak beli tiket kan kan.. harga tiket kalau dewasa rm20 dan budak-budak pulak rm14. So total untuk family aku RM94. 4 dewasa dan 1 kanak-kanak. Then ape lagi, aku dengan adik-adik aku ni pergi la tukar pakaian kat changing room. Tapi aku malas nak tukar kat situ, aku bukak je depan public sebab aku pakai boxer je pon. hehe.. 

Haaaa...pelampung kat atas ni aku sewa tau, tak larat aku nak bawak dari rumah.. hehehe. Harga sewa dia RM7 je + deposit rm5 (dapat balik bile kite pulangkan pelampung tu dengan selamat)
 Adik aku
Ok, permainan pertama yang aku main ialah Super Tube. Ade 2 tube, 1 open dan yang 1 lagi close. Kalau korang maen yang close agak kureng adventure nak dibandingkan dengan tube yang open. Aku agak kurang puas hati sebab waktu aku pergi hari tu Thunder Bolt tak buka disebabkan masalah teknikal. So permainan ni je la aku men 3 4 kali sampai aku letih. Letih sebab kene nek tangga yang tinggi. Kalau la ade Lift atau Eskalater kan bagus.heheee.

Setelah agak bosan main benda yang same berulang-ulang kali, aku pown menjejakkan kaki aku ke kawasan kanak-kanak la pulak untuk tengok karenah adik perempuan aku yang sorang ni. Bukan men seronok lagi dya maen gelungsur ni. Tak silap aku adik aku ni naek bende alah ni lebih kurang 15kali. Perghh! kuat sungguh stamina dia ni. 

Haaaa,pic ni adik aku yang snap kan. Aku ade kat Water Factory, kawasan kanak-kanak. Tapi ibu bapa yang selalu lepak kat sini. Terlindung dengan cahaya matahari dan tempat ni cool je. Ibu-bapa boleh usha anak2 dya orang dari sini.

Masa untuk balik. Time ni kami sekeluarga lapar yang amat sangat,ye lah, kat sini makanan semuanya mahal-mahal belaka. Tak kenyang pon makan kat sini, so aku nasihat kan korang makan la sebelum datang kat sini. So,sampai sini saja la aku cerita sedikit-sedikit pasal Desa Water Park. So, kalau korang nak tau lebih lanjut tentang Desa Water Park, korang boleh klik kat sini,


Disebab kan kelaparan yang amat sangat selepas mereka-mereka ini bermain air, kami singgah la KFC Petaling Jaya ni. Time tu ramai lagi peniaga-peniaga yang cuti menunaikan raya haji mereka. So, KFC ni lah yang paling mudah dicari ketika itu. Wassalamm....  

0 comments to “Beraya di Desa Water Park”

Post a Comment